Dua motosikal kustom Pa’Din Musa bawa beliau keluar dari zon selesa, menang banyak anugerah di AOS 2022

0 1

[ad_1]

Acara Artwork of Velocity (AOS) yang berlangsung bulan lalu di MAEPS, Serdang adalah antara acara terbesar di Malaysia yang mengumpulkan pelbagai kereta dan motosikal unik termasuklah ubah suai khas ataupun kustom. Jika anda betul-betul kaki kereta atau motosikal, pastinya tempoh dua hari ia berlangsung dirasakan seperti tidak cukup untuk meneliti jentera yang dipamerkan.

Tidak dinafikan, setiap jentera yang dipamerkan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, dalam kategori masing-masing, tetapi untuk motosikal, yang sangat menarik perhatian kami adalah yang dibawa oleh Pa’Din Musa di atas nama bengkel Abah & Sons beliau, iaitu Harley-Davidson Shovelhead tahun 1975 dan Triumph Bonneville T120R tahun 1971.

Untuk pengetahuan anda, Pa’Din pulang dari AOS 2022 membawa enam anugerah termasuklah motosikal terbaik, chopper atas 400 cc terbaik, pilihan juri dan wakil jemputan, serta fabrikasi terbaik. Bukan setakat itu, cara beliau menghias tapak pameran dengan menghasilkan suasana ala kampung dengan anak ayam hidup juga membawa kepada kemenangan kategori pameran terbaik.

Semasa di tapak acara, kami hanya berpeluang untuk melihat sahaja dua motosikal ini, dan tidak berkesempatan berjumpa dengan Pa’Din. Disebabkan itu, baru-baru ini kami pergi sendiri ke Kepala Batas, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan beliau dan mendapatkan perincian Shovelhead dan Bonneville ini.

Walaupun diperkenalkan sebagai Shovelhead tahun 1975 dan Bonneville tahun 1971, itu sebenarnya cuma asas yang digunakan oleh Pa’Din untuk menghasilkan dua jentera ini kerana kebanyakan bahagian lain adalah diubah suai dengan barangan yang dibuat sendiri ataupun diambil daripada model-model lain.

Bagi Shovelhead itu, Pa’Din menganggapnya sebagai satu projek yang lebih mudah kerana beliau sudah biasa dengan jentera Harley-Davidson, dan barangan yang digunakan juga kebanyakannya sudah ada dalam simpanan beliau. Namun bagi menggabungkannya, ia memerlukan kepakaran tertentu dan Pa’Din juga mahu meletakkan perincian khas bagi menjadikan motosikal lebih unik.

Kerangka Shovelhead tahun 1975 itu dibeli terus oleh Pa’Din dari Amerika Syarikat, dan ia digabungkan dengan enjin v-twin 1,200 cc, juga dari Shovelhead tahun 1975. Istimewanya enjin ini, ia adalah enjin lama yang dipanggil sebagai pre-unit, di mana bahagian blok dan head terpisah dengan bahagian transmisi. Sistem bahan api pula masih menggunakan karburetor, daripada S&S.

Kemudiannya kalau anda perhatikan, bahagian pemegang (deal with) motosikal ini kelihatan bersih tanpa tuil kerana penarik klacnya berada di sebelah kiri enjin (perlu ditekan dengan kaki), sementara gear pula perlu ditukar menggunakan tangan (tuilnya juga berada di sebelah kiri enjin). Sistem ini dipanggil sebagai jockey shifter.

Sebab ketiadaan tuil di sebelah kanan mungkin sudah boleh anda ketahui, dengan melihat bahagian roda hadapan yang tidak mempunyai set brek, sementara untuk kabel pendikit (throttle) pula, Pa’Din telah menyembunyikannya di bahagian dalam pemegang.

Brek belakang dari mannequin Sportster dimasukkan pada motosikal ini, tetapi asalnya ia datang dengan sistem cakera yang terletak di sebelah kanan roda. Sekali lagi bagi menjadikan ia nampak bersih dan kemas, Pa’Din telah mengubah suainya kepada unit dram yang bersambung sekali dengan sprocket di sebelah kiri. Untuk memadankan sistem ini dengan pedal yang masih berada di sebelah kanan, semua batang penyambung (linkage) mekanikal perlu dibuat baru.

Jika pernah melihat motosikal hasil kerja Pa’Din, anda mungkin sudah tahu beliau mempunyai satu tanda unik tersendiri (trademark) iaitu pemegang yang kurus dan rapat, serta bahagian belakang tegar (inflexible). Walaubagaimanapun bagi Shovelhead ’75 ini, beliau membuat sedikit perubahan dengan meletakkan pemegang yang sedikit lebih lebar dan ke belakang, lengan ayun (swingarm) Panhead, serta dua penyerap hentak vintaj. Kata Pa’Din, motosikal ini akan lebih digunakan oleh adik beliau dan lebih selesa berbanding motosikal kustom beliau yang lain.

Rim yang digunakan pada Shovelhead ’75 ini juga bukanlah rim biasa, dan malah bukan pun sepasang rim motosikal. Sebaliknya ia adalah rim kereta vintaj 12 cabang yang biasanya digunakan untuk kereta scorching rod (bagi bahagian hadapan) di Amerika Syarikat dan habnya telah diubah suai untuk dipadankan pada motosikal ini. Ini juga sesuatu yang berada di luar kebiasaan Pa’Din kerana semua motosikal yang pernah beliau buat sebelum ini semuanya menggunakan rim lidi (spoked).

Pergi pula kepada jentera kedua yang dibuat oleh Pa’Din untuk AOS 2022, iaitu Bonneville ’71, ia adalah satu projek yang lebih mencabar kerana ini adalah kali pertama Pa’Din membuat jentera jenama tersebut dan banyak bahagian yang berbeza berbanding jentera H-D.

Ia dimulakan dengan kerangka Bonneville tahun 1965 (depan sahaja), dan dimuatkan dengan enjin dua silinder 650 cc daripada Bonneville T120R tahun 1971. Disebabkan unit enjin ini datang daripada mannequin R, ia mempunyai kotak gear lima kelajuan, sementara mannequin T120 tahun itu hanya didatangkan dengan kotak gear empat kelajuan.

Bagi menjadikan suspensi belakang motosikal ini inflexible, Pa’Din telah membuat sendiri kerangka bahagian belakangnya, dan setiap sambungannya dibuat dengan konsep vintaj sama seperti kerangka hadapan, dengan teknik brazing.

Pada motosikal ini, anda akan masih dapat melihat terdapat tuil klac serta kabel yang bersambung kepada transmisi, tetapi kabel pendikit masih disembunyikan, dan tiada brek di bahagian hadapan, sama seperti Shovelhead ’75 yang dibuat oleh Pa’Din.

Brek dram belakang juga menggunakan sistem dram yang sama, tetapi bagi menjadikannya lebih unik, Pa’Din telah membuat sendiri penutupnya dengan tekstur permukaan yang bergaris (ribbed), memberikan aliran sama seperti penutup tepi transmisi (main cowl) serta blok air cooled dan head yang berjalur.

Satu lagi bahagian yang berjalur adalah penutup kotak di bawah tempat duduk (sebelah kiri) yang juga mungkin boleh menimbulkan kekeliruan pada identiti motosikal ini kerana ia tertulis Mondial 125 cc. Tapi mana mungkin dengan enjin dua silinder sebesar ini ia boleh berkapasiti 125 cc kan? Sebenarnya bahagian itu diambil daripada penutup injap (valve cowl) enjin Mondial 125 cc, tetapi hanya digunakan sebagai hiasan untuk menutup kotak bateri dan elektronik motosikal.

Pada awalnya semasa memerhati enjin Triumph ini, kami fikir, cantik betul dua karburetor itu bagi unit yang sudah berusia puluhan tahun. Rupa-rupanya Pa’Din memberitahu, ia adalah karburetor vintaj jenama Amal yang beliau perolehi baru dari luar negara, pada harga yang dikatakan “seram.” Satu lagi barang berharga pada motosikal ini adalah lampu hadapannya, yang merupakan jenama Marchal dari tahun 50-an (biasa digunakan pada kereta lumba lama).

Bagi Bonneville ’71 ini, Pa’Din menggunakan padanan rim spoked 17 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. Tayar jenis berjalur yang dipanggil sebagai ‘tayar papan’ di bahagian hadapan mungkin sudah biasa dilihat pada motosikal kustom seperti ini, tetapi di bahagian belakang, Pa’Din menggunakan tayar hujan motosikal lumba kerana beliau menggemari corak bunganya.

Sebenarnya, banyak lagi bahagian yang dibuah suai dan dibuat sendiri oleh Pa’Din untuk dua motosikal ini dan ia termasuk barang-barang kecil seperti kemasan loyang (brass), perumah fork (dilicinkan dan dicelup krom semula), triple tree (pemegang fork), tangki dan pelbagai lagi. Malahan kalau anda nak tahu, skru pada Bonneville ’71 itu pun dibuat semula bagi mendapatkan jalur (thread) vintaj dengan kepala khas yang diinginkan.

Untuk ekzos, mungkin nampak seperti tidak lengkap bagi sesetengah orang, tetapi Pa’Din memang mahukannya pendek sebegitu dan menghasilkan bunyi yang “berkahak.” Satu lagi, kalau ada yang mengatakan pedal penendang pada Shovelhead ’75 itu kelihatan seperti pedal basikal, ia sebenarnya adalah pedal vintaj yang digunakan pada motosikal H-D.

Pa’Din juga terkenal dengan ubah suai yang bersih dan kemas, sebab itulah anda lihat dua motosikal ini tidak mempunyai warna fancy. Ia lebih menyerlah dengan kemasan krom dan tekstur asli (uncooked) bahan yang digunakan.

Berapa kos Pa’Din membuat dua motosikal ini? Beliau sendiri tidak menyatakan harga, dan menyatakan bahawa nilainya bukan setakat bergantung kepada barang, tetapi juga masa yang diluangkan untuk pembuatan setiap bahagian. Lagipun, motosikal ini bukan untuk dijual, dan dibuat untuk kegunaan sendiri apabila beliau ada masa terluang di luar waktu kerja tetap beliau sebagai pembina tempat bermain papan luncur (skatepark) dan sukan lasak.

Bagi yang tidak mengenali Pa’Din Musa, beliau sebenarnya adalah seorang pemain papan luncur (skateboarder) lagenda yang pernah mewakili negara dalam kejohanan sukan lasak Asian X Video games sekitar awal tahun 2000-an, dan membawa pulang dua pingat emas.

GALERI: Harley-Davidson Shovelhead 1975

GALERI: Triumph Bonneville T120R 1971



[ad_2]
Source link

SEOClerks
Leave A Reply

Your email address will not be published.